Artis Malaysia, Artis Indonesia dan Seantero Dunia...Semua Boleh!!! Seksi, bikini, bogel dan terlampau
Misha Omar jadi isteri no 3?
Zizan & Dira konfem pengacara Melodi!
Daphne Iking Sah Masuk Islam, Sudah Berkahwin Dengan Lelaki Melayu
Gambar Seksi "Nasi Lemak" Ummi Nazeera Buat Tatapan Peminat!
Impian Fasha Sandha
KISAH cintanya yang penuh kontroversi, sudah menjadi sejarah. Secara peribadi, pelakon Fasha Sandha juga berharap kisah cinta yang tidak kesampaian dengan Rizal Ashram atau Jejai itu tidak perlu dibangkitkan lagi.Semuanya kerana dia menemui cinta baru iaitu Chinta Hair Salon & Beauty yang ditubuhkan dengan hasil titik peluhnya dalam bidang seni. Bagi Fasha, kisah cintanya dengan Jejai sudah basi dan ia sudah berlalu.
Dia enggan enggan mengulas lagi apabila ditanya apakah mereka masih berkawan selepas putus atau tidak. "Semua itu tidak perlu saya ulas kerana ia sudah berlalu. Apapun, saya masih belum bertemu pengganti Jejai kerana buat masa ini fokus saya pada salun dan pusat kecantikan milik saya dan keluarga ini saja," katanya. Namun, ada pula suara sumbang yang memandang sinis padanya dengan mendakwa pelakon jelita ini membuka salun hasil tajaan seseorang ataupun mungkin itu hadiah daripada kekasihnya sebelum mereka berpisah.
Pemilik nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan ini tidak cepat melatah dengan sindiran orang sebaliknya dengan tegas memberitahu salun dan pusat kecantikan itu dibuka dengan hasil bayaran drama bersiri Chinta yang mendapat sambutan hangat di TV3, sebelum ini.Bagaimanapun, apabila ditanya jumlah kos salunnya itu, Fasha mengatakan tidak dapat memberitahu kos sebenar kerana ia tidak perlu diuar-uarkan kepada peminat.
"Terus terang, saya tidak ditaja Jejai atau orang lain untuk membuka salun ini. Sebaliknya, saya ingin orang menilai sendiri sama ada saya mampu atau tidak membuka salun selepas tujuh tahun berkecimpung dalam bidang seni dan 10 tahun bergelar model iklan.
"Sejujurnya, sudah lama saya mengimpikan untuk membuka perniagaan sendiri iaitu sejak empat tahun lalu. Keinginan mempunyai salun peribadi tercetus ketika terpilih menjadi bintang iklan Pantene dulu. Ketika itu, saya masih terlalu muda dan belum mempunyai modal yang cukup dan belum beri komitmen pada karier lain.
"Hari ini adalah detik yang paling bahagia buat saya kerana berkat sokongan keluarga, teman rapat dan sokongan wartawan serta peminat kerana baru sekarang impian saya untuk buka salun ini direalisasikan," katanya.Kata Fasha, dia ada beberapa sebab tersendiri kenapa memilih nama Chinta untuk salunnya itu.
Baginya, nama Chinta terlalu unik dan disayangi ramai sama seperti nama karakternya dalam slot Akasia TV3, Chinta yang disiarkan hujung tahun lalu. "Watak Chinta bermula sebagai gadis baik dan selepas itu dia berubah menjadi jahat, kemudian menjadi baik semula. Nama saya juga kembali di hati peminat kerana kejayaan Chinta selepas berehat seketika daripada aktiviti lakonan selama setahun.
Mengenai perkembangan karier seni, Fasha berkata, dia baru selesai penggambaran Samson Delaila yang kini disiarkan di TV3 menerusi slot Samarinda setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam. Lakonannya dalam Dia Atilia bergandingan dengan Zamarul Hisyam pula kini disiarkan di saluran Astro.
Terbaru, Fasha juga menjayakan penggambaran drama 5 Tahun 5 Minit bergandingan dengan Aqasha untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM). "Saya bersyukur kerana tawaran berlakon juga tidak pernah putus tahun ini. Sekalipun sering dilanda kontroversi, produser dan pengarah masih memberi kepercayaan pada saya untuk berlakon dalam produksi mereka."Saya juga ingin berlakon dengan semua stesen TV dan tidak terikat dengan satu stesen saja seperti mula-mula terbabit dalam lakonan dulu," katanya.
Kesibukan berlakon ternyata tidak menghalang Fasha menceburi bisnes salun kerana ibunya yang akan mengawasi perjalanan pusat kecantikannya itu."Jika tidak terbabit dengan penggambaran drama, saya akan berada di salun ini untuk membantu pekerja apa yang patut. Saya juga menggunakan khidmat tiga pendandan rambut dan pakar kecantikan kulit dan jurusolek artis terkenal, Deq Sha di salun ini.
Kami juga akan cuba memberikan perkhidmatan dan layanan terbaik kepada pelanggan yang berkunjung ke salun ini," katanya. Kata Fasha, buat masa ini dia mahu fokus pada salunnya itu terlebih dulu sebelum memikirkan perancangan untuk mengembangkan bisnesnya dengan membuka cawangan lain.
"Saya memang tidak suka menguar-uarkan perkara yang belum pasti lagi. Seperti perancangan membuka salun ini sudah lama dan baru sekarang saya memberitahu kepada peminat dan pihak media iaitu pada hari pelancaran ini," katanya.
Chinta Hair Salon & Beauty yang beroperasi di Jalan Wangsa Delima 13, Wangsa Link dari jam 9 pagi hingga 9 malam setiap hari, menawarkan harga promosi dan pengenalan untuk bulan pertama dengan harga serendah RM15 untuk pelanggan yang berambut pendek.
Perkhidmatan disediakan di salun ini ialah semua jenis dandanan rambut seperti rebonding, warna, rawatan rambut, rawatan muka, bengkel kecantikan bersama jurusolek artis Deq Sha (tiga kali sebulan) dan pusat solekan ke majlis dengan menggunakan khidmat jurusolek berpengalaman.
Christy Yow daring pose
Daphne Iking Sudah Peluk Islam?
Ingat lagi gosip yang menyatakan Daphne Iking menghadiri kursus kahwin di Sabah baru-baru ini? Tahniah sekiranya berita itu benar kerana ini bermakna Daphne Iking sudah memeluk Islam. Dan semalam semasa Anugerah Sri Angkasa 2010, jutaan rakyat Malaysia mendengar Daphne Iking menyebut “MasyaAllah” dan “Assalamualaikum”.
Adakah ini bermakna Daphne Iking sememangnya sudah benar-benar memeluk agama Islam? Harap-harap Daphne terbaca entri ini dan mampu memberikan satu jawapan kepada ramai peminat beliau. Kalau betul, bertambah lagi lah bilangan umat Islam. Kami mengalu-ngalukan kedatangan Daphne Iking selaku saudara baru. Semoga segala urusan Daphne dipermudahkan.
Misha Omar Nafi Sudah Berkahwin Sebagai Isteri Nombor 3
Seperti yang anda baca, Misha Omar masih bujang trang tang tang lagi. Belum berkahwin dan semestinya bukan isteri nombor 3. Rasanya Misha akan berpegang teguh kepada janjinya yang akan memaklumkan kepada orang ramai sekiranya dia bertemu jodoh suatu hari nanti.
Kepada Misha, semoga dipercepatkan jodoh anda.
Tiz Zaqyah tetap cool
Siti Saerah dah bersalin
Lisa Surihani botakkan kepalanya...
Yasmin Hani nak kawin dah...
"Cukuplah, saya beritahu yang kini saya sedang menajlinkan hubungan cinta dengan seseorang. Siapa dia tidak perlulah saya war-warkan di sini. Pengalaman yang lalu membuatkan saya serik untuk bersikap sangat terbuka."Kini saya faham kenapa segelintir artis tidak mahu mendedahkan pasangan mereka kerana mereka tak mahu masyarakat akan tertawakan bila berlakunya perpisahan.
"Kami belum ada apa-apa perancangan pun untuk majlis perkahwinan. Tetapi apa yang boleh saya katakan, majlis itu nanti mungkin diadakan dalam skala yang kecil sahaja dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan rapat." kata Yasmin
Eksklusif! Angelina Anak Watie Yang Sah!
Digemparkan dengan kehadiran seorang gadis remaja berusia 14 tahun yang menggelarkan namanya sebagai Angelina, menerusi rancangan hiburan sensasi, Melodi di TV3 pada siaran 9 Januari yang lalu, membuatkan seluruh peminat seni berteka-teki.
Mendakwa dirinya merupakan anak luar nikah kepada seorang penyanyi wanita berkumpulan yang kini juga bergelar pelakon, Angelina juga mendakwa di tinggalkan oleh wanita itu sejak dirinya berusia satu hari lagi.
Turut mendakwa dirinya dipelihara oleh sepasang keluarga yang merupakan abang kepada kekasih pelakon wanita ini pada ketika itu, Angelina kemudiannya bersetuju untuk melakukan ujian saringan DNA sekiranya pelakon yang juga ibunya itu tidak mahu mengakui dirinya sebagai anak.
Persoalannya, siapa pelakon yang dimaksudkan oleh gadis remaja ini? Dan benarkah dia dilahirkan sebelum sempat ibu dan bapanya dinikahkan lagi?
Tidak pun sampai beberapa jam Melodi menamatkan siarannya, pelbagai spekulasi timbul mengenai siapa sebenarnya pelakon wanita yang dimaksudkan itu. Namun, yang paling ketara, Watie atau nama lengkapnya, Norwati binti Sadali menjadi antara nama yang menduduki senarai atas carta pelakon yang dikatakan ibu kepada Angelina ini. Apatah lagi pada credit mention pada akhir program menamakan slot tersebut sebagai Anak Watie?.