Foto separuh bogel Jennifer disebar

Sejak terpilih menyertai pasukan bola sepak Indonesia, Irfan Bachdim menjadi tumpuan masyarakat termasuklah kehidupan peribadinya.

Sejak kebelakangan ini, gambar separuh bogel kekasihnya, Jennifer Jasmin Kurniawan menjadi perbualan hangat dalam forum di Internet. Satu daripada gambar berkenaan memaparkan Jennifer hanya mengenakan seluar panjang dan topi. Wanita berdarah campuran Indonesia-Jerman itu tidak kekok ketika bergaya tanpa pakaian.

Selain itu, terdapat juga tiga gambar lagi yang menunjukkan penampilan seksi Jennifer berbaring di ranjang dengan hanya memakai pakaian dalam. Pengurus Jennifer, Acil Seto Wijoyo mengakui wanita dalam semua gambar itu adalah Jennifer. Bagaimanapun, menurut Acil semua gambar itu sudah lama diambil iaitu ketika masih menjadi peragawati di Jerman.

“Gambar itu gambar lama iaitu ketika Jennifer masih di Jerman,” tutur Acil ketika dihubungi melalui telefon, semalam. Jennifer lahir di Muehlacker, Jerman pada 6 April 1987 dan dia adalah kakak kepada Kim Jeffrey yang menyertai pasukan bola sepak Indonesia, baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment