Paris Hilton semakin gemuk?

KATA orang, bercinta boleh menjadikan seseorang itu lebih berisi dan ia mungkin dapat dibuktikan dengan melihat tubuh Paris Hilton.

Sebelum ini, dia amat bangga dengan susuk tubuhnya yang ramping dan menawan, terutama apabila menyedari ada lensa kamera diarahkan kepadanya.Berbanding kelaziman Paris sebelum ini, selebriti berusia 29 tahun itu kelihatan cuba menyembunyikan susuk tubuh yang pernah dibangga-banggakan itu di bawah skirt longgar dan topi besar.

Kata saksi, agak aneh apabila Paris tiba-tiba jadi ‘pemalu’. Di sebalik skirt agak besar daripada biasa, Paris cuba sedaya upaya menyorokkan keadaan pinggul dan pehanya.Paris menyedari lensa kamera masih mengekori ke mana saja dia pergi tetapi keadaan itu tidak menggembirakannya.

Kata saksi, selain menyembunyikan susuk tubuhnya, Paris juga berlindung di sebalik adiknya, Nicky, dan kekasihnya, Cy Waits, ketika mereka menikmati hangat matahari di pantai.Namun, peluang untuk jurugambar merakamkan realiti pada tubuh Paris tetap muncul akhirnya.Ketika dia berdiri bersendirian mengambil gambar ke arah laut, detik yang dinantikan itu pun tiba.

Segera kamera jurugambar dapat merakamkan bentuk perutnya yang ketara menggelebeh berbanding sebelum ini.Sepanjang hari itu, Paris ditemani Waits, 34, menghabiskan masa bersantai bersama Nicky dan teman lelakinya, David Katzenberg. Mereka juga menyambut Krismas di pulau peranginan yang terkenal itu.

Sebelum itu, Paris juga dilihat cuba menyembunyikan susuk tubuhnya yang ‘membesar’ ketika dia dan Waits membeli-belah.Turut dapat dilihat agak ketara, kebosanan Waits menunggu Paris memilih pakaian di rak butik. Habis berbelanja, pasangan itu kelihatan bersahaja dan saling bermanja ketika berjalan di tepi pantai.

Menurut saksi, pasangan itu nampaknya benar-benar menikmati percutian Krismas.Bagaimanapun, percutian itu sebenarnya tidak selancar yang diharapkan.Pada peringkat awal lagi ada kekecohan berlaku. Ketika di Los Angeles, Paris dan Waits serta semua penumpang diarah keluar dari pesawat yang bakal menerbangkan mereka ke Hawaii apabila ada orang ternampak sebilah pisau sepanjang 10 sentimeter disembunyikan dalam bekas bagasi.

Paris mencatatkan pengalaman itu dalam Twitter: “Kami baru saja akan berlepas apabila pegawai keselamatan me�ngarahkan kami keluar dari pesawat. Insiden itu memang menakutkan.”

No comments:

Post a Comment