
Tapi berbeza dengan Marion yang pandai menjaga nama baik keluarga SM Nasa yang kini sudah sah menjadi suaminya. Maknanya, dia boleh berdiri sama tinggi dengan aristokrat yang juga pewaris syarikat permotoran terkemuka itu.
Kata SM Nasarudin, dia memilih Marion sebab sepanjang lima tahun berkawan, wanita itu tidak pernah meminta apa-apa hadiah daripadanya.
"Kereta 'free' pun dia tak pernah minta," demikianlah rahsia yang dipecahkan oleh SM Nasarudin dalam majlis persandingannya di sebuah hotel ternama.
Marion juga mendedahkan bahawa SM Nasarudin adalah kekasih pertamanya dan bersyukur sebab mereka akhirnya berkahwin juga.
Sudah kahwin baru semua rahsia cinta dikongsi dengan masyarakat. Itu baru betul. Semoga kekal bahagia sepanjang kehidupan mereka. Joyah yakin, mak mentua pun akan sayang kalau dapat menantu yang elok macam Marion ni. Cepat-cepat dapat anak ya Marion.
No comments:
Post a Comment