Eksklusif! Angelina Anak Watie Yang Sah!


Digemparkan dengan kehadiran seorang gadis remaja berusia 14 tahun yang menggelarkan namanya sebagai Angelina, menerusi rancangan hiburan sensasi, Melodi di TV3 pada siaran 9 Januari yang lalu, membuatkan seluruh peminat seni berteka-teki.

Mendakwa dirinya merupakan anak luar nikah kepada seorang penyanyi wanita berkumpulan yang kini juga bergelar pelakon, Angelina juga mendakwa di tinggalkan oleh wanita itu sejak dirinya berusia satu hari lagi.

Turut mendakwa dirinya dipelihara oleh sepasang keluarga yang merupakan abang kepada kekasih pelakon wanita ini pada ketika itu, Angelina kemudiannya bersetuju untuk melakukan ujian saringan DNA sekiranya pelakon yang juga ibunya itu tidak mahu mengakui dirinya sebagai anak.

Persoalannya, siapa pelakon yang dimaksudkan oleh gadis remaja ini? Dan benarkah dia dilahirkan sebelum sempat ibu dan bapanya dinikahkan lagi?

Tidak pun sampai beberapa jam Melodi menamatkan siarannya, pelbagai spekulasi timbul mengenai siapa sebenarnya pelakon wanita yang dimaksudkan itu. Namun, yang paling ketara, Watie atau nama lengkapnya, Norwati binti Sadali menjadi antara nama yang menduduki senarai atas carta pelakon yang dikatakan ibu kepada Angelina ini. Apatah lagi pada credit mention pada akhir program menamakan slot tersebut sebagai Anak Watie?.


No comments:

Post a Comment