Lisa Surihani botakkan kepalanya...


Dipetik melalui Harian Metro, mula-mula agak terkejut juga bila baca ayat permulaan Lisa Surihani yang membuat kenyataan untuk memotong rambut sehingga membotakkan kepalanya jika itu yang dituntut dalam menjiwai sesuatu watak juga demi kepuasan dalam lakonan. Ohtidak, masakan sampai ke situ sekali. Yang lebih sadis lagi, Lisa sanggup buat demikian kerana wang. Ops, nanti dulu, jangan fikir yang bukan-bukan, Lisa kenakan syarat ketat untuk ini semua.

"Saya tidak kisah melakukannya, tetapi ia bergantung pada bayaran yang ditawarkan. Jika bayaran bagus, mengapa tidak. Selain bayaran, saya juga perlu mengambil kira watak yang ditawarkan, apakah berbaloi untuk berbuat demikian."Kalau watak yang diberi bagus, jalan ceritanya bagus dan diarahkan pengarah yang diyakini kemampuan, tentu saja saya sanggup berkorban walaupun rambut masih dara kerana tidak dipotong pendek atau diwarnakan," katanya. -HarianMetro

No comments:

Post a Comment