Daphne Iking Sudah Peluk Islam?

Ingat lagi gosip yang menyatakan Daphne Iking menghadiri kursus kahwin di Sabah baru-baru ini? Tahniah sekiranya berita itu benar kerana ini bermakna Daphne Iking sudah memeluk Islam. Dan semalam semasa Anugerah Sri Angkasa 2010, jutaan rakyat Malaysia mendengar Daphne Iking menyebut “MasyaAllah” dan “Assalamualaikum”.

Adakah ini bermakna Daphne Iking sememangnya sudah benar-benar memeluk agama Islam? Harap-harap Daphne terbaca entri ini dan mampu memberikan satu jawapan kepada ramai peminat beliau. Kalau betul, bertambah lagi lah bilangan umat Islam. Kami mengalu-ngalukan kedatangan Daphne Iking selaku saudara baru. Semoga segala urusan Daphne dipermudahkan.

No comments:

Post a Comment