Showing posts with label Bikini. Show all posts
Showing posts with label Bikini. Show all posts

Diana tinggalkan Malaysia sekejap

BIARPUN sudah enam tahun bergelumang dalam industri hiburan tanah air, aktres kacukan Melayu-Amerika ini mengakui belum lagi bertemu dengan kesempurnaan yang boleh dibanggakan sebagai seorang pelakon.


Pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson itu turut meletakkan dirinya masih hijau dalam bidang lakonan, justeru dia perlu sentiasa belajar untuk memperbaiki kualiti lakonan dari semasa ke semasa. Ditemui semasa menghadiri majlis malam gala Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur baru-baru ini, Diana yang hadir persis seorang puteri kelihatan jelita dan menawan dalam busana rekaan Hazwani Osman.


Tatkala bertemu dengan gadis berusia 19 tahun itu, dia sudah bersiap sedia untuk menjawab apa juga soalan yang diajukan, tetapi tidak meletakkan jaminan untuk menjawab kisah cintanya yang dilaporkan sudah bercerai kasih dengan seorang aktor kacak. “Saya lebih senang berbicara tentang soal karier dan pelajaran,” ulasnya ringkas. Tanpa berlengah, Diana pantas mengalihkan butir bicaranya ke arah kerjaya sebagai seorang pelakon yang pada awalnya diceburi hanya untuk mencari keseronokan dan pengalaman. Namun lama-kelamaan, perasaan itu bertukar kepada cinta dan minat.


Seterusnya, kerjaya sebagai seorang pelakon itu diputuskan untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan utama untuk meneruskan kehidupan. “Ia sudah sebati dalam diri dan bila ramai yang menjadikan lakonan sebagai satu karier yang tetap, saya terfikir untuk melakukan perkara yang sama.


“Dulu memang saya berlakon hanya untuk suka-suka. Saya mahu berlakon untuk mencari duit buat diri sendiri bagi kegunaan pada masa depan. “Justeru, terasa sayang untuk lepaskan peluang yang sudah terhidang di depan mata, lebih-lebih lagi dengan tawaran yang datang setakat ini.


Saya amat bersyukur dengan semua itu,” tuturnya dengan lembut. New York Film Academy Sepanjang April, kemungkinan kelibat pelakon kelahiran Houston, Texas, Amerika Syarikat itu akan jarang dilihat oleh umum kerana dia bakal berlepas ke Los Angeles untuk mengikuti pengajian di New York Film Academy, Los Angeles dalam kursus lakonan. Graduan Universiti Nottingham, Semenyih, Selangor dalam jurusan Biosains itu bertekad untuk mengurangkan kelemahan dalam lakonan seterusnya menumpahkan sepenuhnya ilmu itu dalam kariernya.


“Saya harap dapat mantapkan kemahiran berlakon dan memperbaiki ruang kelemahan yang ada dalam diri. Sebenarnya saat seperti ini sudah lama saya idamkan tetapi tidak diizinkan waktu. DIANA menegaskan dirinya akan berasa rendah diri jika tidak mempunyai pelajaran. “Pada mulanya, saya hendak ke Australia, tetapi pada masa yang sama, saya turut mencuba nasib di Los Angeles dan akhirnya permohonan saya diterima. Itu pun sebab mereka hanya terima pelajar yang sudah bekerja (berlakon) agar selepas itu boleh terus praktikkan apa yang telah dipelajari,” jelasnya yang akan ditemani ibunya, Norsiah Ramli untuk tempoh dua minggu pertama.


Bakal menemui penonton dengan filem terbarunya iaitu ...Dalam Botol tidak lama lagi, Diana dalam diam menyimpan harapan untuk bekerja dengan beberapa nama pengarah tersohor negara. Antara hajatnya yang sudah berjaya dilunaskan ialah dengan bekerja di bawah dua pengarah yang dianggapnya hebat iaitu Osman Ali dan U-Wei Shaari. “Masih ada lagi beberapa nama besar yang masih belum saya gapai iaitu bekerja dengan Datuk Shuhaimi Baba dan arwah Yasmin Ahmad.


Apa boleh buat kerana arwah telah pergi buat selama-lamanya dan impian itu hanya mampu saya simpan sahaja. “Secara peribadi, saya menyifatkan diri saya tidak layak untuk mendapat apa-apa yang hebat selagi tidak berusaha untuk memantapkan lakonan. Saya perlu kemaskan diri sebelum bekerja dengan nama-nama hebat itu,” katanya yang baru sahaja tamat menjalani penggambaran filem Bara Jiwa arahan Osman Ali. Berbalik kepada kursus lakonan di LA, Diana memberitahu, kursus itu bersifat fleksibel dan akan berlanjutan selama 10 bulan, namun selesai bulan pertama, dia akan kembali ke tanah air semula.


Sekiranya didapati sesuai, Diana akan ke sana bagi menyambung semula pengajian dan jika berjaya menamatkan pengajian, dia akan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam lakonan. “Mereka boleh ikut jadual kita. Mungkin selepas balik dua atau tiga bulan, saya boleh ke sana semula. Mereka pun tahu kos amat mahal dan sebagai seorang yang sudah bekerja, saya masih ada kerja yang perlu diselesaikan.


“Cuma syaratnya saya mesti lengkapkan kursus selama 10 bulan dalam masa dua tahun. Jika saya sesuai dan semuanya lancar dan motivasi diri masih tinggi, mungkin saya akan sambung,” luahnya yang akan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang psikologi di Kolej Universiti Sunway menjelang Jun depan. Mendengar terlalu banyak perancangan ilmu yang bersarang di minda, Diana juga tidak mahu apa berlaku seperti kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.


“Saya tidak akan paksa diri saya sekiranya saya tidak mampu, tetapi secara peribadi dan bukan untuk merendah-rendahkan sesiapa, saya akan berasa rendah diri jika tidak mempunyai pelajaran.


“Ia sebagai bekalan masa depan. Bila saya berkahwin dan kalau jadi apa-apa selepas itu, apa lagi yang tinggal? Jadi ilmu itu penting bagi saya,” ungkapnya.

Nurul Syuhada nak kahwin dah?



Pengacara rancangan program tv, Majalah 3 di TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain yang kini berusia 27 tahun masih lagi berahsia mengenai tarikh perkahwinannya. Jangankan tarikh perkahwinan, calonnya sahaja kita belum tahu lagi kan. Ada desas desus pihak yang mengatakan Nurul nak kahwin tahun ni. Nampaknya dari raut wajah Nurul sepertinya mengiyakan desas desus itu. Kata Nurul dalam di laman web mStar mengatakan.

Fasha Sandha & Jejai couple semula?

Dipetik daripada sumber portal Gua, yang juga dari sumber yang boleh dipercayai kisah ini memaparkan bahawasanya pelakon Fasha Sandha dan Jejai kini sedang berusaha dalam usaha mereka untuk memperbaiki hubungan yang lalu. Maknaya mereka berdua kemungkinan akan bercinta kembali. Kisah cinta mereka yang berakhir beberapa bulan yang lalu mungkin memberi pengajaran buat merkea berdua. Namun itulah yang dikatakan 'kalau jodoh tak kemana juga, situ-situ juga dia menanti'.
Apa-apa pun ini bukanlah suatu berita yang kurang baik, kiranya berita ni baiklah, hubungan cinta yang putus tue diperbaiki kembali ke arah yang lebih harmoni. Kan tak baik memutuskan silaturahim, apatah lagi orang yang bercinta-cinta ni. Penulis pun rasa hairan, kalau kebanyakkan orang bercinta (sebelum kahwin) dan selepas itu putus, mereka tak mahu bertegur sapa lagi, macam kiranya benci sangat-sangat. Zzzzz..

Syafiqah Amanda bergambar seksi



Syafiqah Amanda, pelakon tak berapa nak popular lagi, umur baru 19 tahun tapi dah ambil gambar berbasah-basahan. Lisa Surihani dulu masa nak femes pun tak adalah nak amik gambar basah-basah macam nie. Adakah jalan pintas untuk menggapai populariti?

Fesyen Pelik Lady GaGa

Cuba tengok fesyen-fesyen pelik Lady Gaga. Lepas ni tak tau apa pulak yang dia pakai.











Kila Fairy, Anak Rohana Jalil Yang Bibirnya Lagi Seksi Dari Angelina Jolie





Seriously tak sangka ada rakyat Malaysia yang berbibir seseksi Kila Fairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jahangir Khan. Kila adalah anak kepada penyanyi terkenal, Rohana Jalil dan baru berusia 19 tahun. Selain daripada hebat menyanyi, Kila Fairy dah pun menceburi bidang lakonan. Rasanya kemunculan pertama Kila ialah dalam drama Hotel Mania.

Baru-baru ini anak Rohana Jalil ini femes sekejap apabila digosipkan bercinta dengan Yusry KRU. Tapi kedua-duanya dah pun menafikan gosip tersebut. Selepas ini lebih ramai yang akan tergoda dengan kecantikan Kila Fairy terutama bab bibir tue. Oh ye, bibir Kila Fairy adalah asli ye. Tak ada suntik-suntik.

Gambar Seksi "Nasi Lemak" Ummi Nazeera Buat Tatapan Peminat!

Kepada peminat Ummi Nazeera, mungkin gambar ini dapat mengubat kerinduan anda kepada dia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di luar negara. Hurm, boleh tahan seksi gambar Ummi Nazeera yang ini sehingga hampir menampakkan nasi lemaknya (bak kata Farid Kamil) yang entah berapa ringgit.

Impian Fasha Sandha

KISAH cintanya yang penuh kontroversi, sudah menjadi sejarah. Secara peribadi, pelakon Fasha Sandha juga berharap kisah cinta yang tidak kesampaian dengan Rizal Ashram atau Jejai itu tidak perlu dibangkitkan lagi.Semuanya kerana dia menemui cinta baru iaitu Chinta Hair Salon & Beauty yang ditubuhkan dengan hasil titik peluhnya dalam bidang seni. Bagi Fasha, kisah cintanya dengan Jejai sudah basi dan ia sudah berlalu.

Dia enggan enggan mengulas lagi apabila ditanya apakah mereka masih berkawan selepas putus atau tidak. "Semua itu tidak perlu saya ulas kerana ia sudah berlalu. Apapun, saya masih belum bertemu pengganti Jejai kerana buat masa ini fokus saya pada salun dan pusat kecantikan milik saya dan keluarga ini saja," katanya. Namun, ada pula suara sumbang yang memandang sinis padanya dengan mendakwa pelakon jelita ini membuka salun hasil tajaan seseorang ataupun mungkin itu hadiah daripada kekasihnya sebelum mereka berpisah.

Pemilik nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan ini tidak cepat melatah dengan sindiran orang sebaliknya dengan tegas memberitahu salun dan pusat kecantikan itu dibuka dengan hasil bayaran drama bersiri Chinta yang mendapat sambutan hangat di TV3, sebelum ini.Bagaimanapun, apabila ditanya jumlah kos salunnya itu, Fasha mengatakan tidak dapat memberitahu kos sebenar kerana ia tidak perlu diuar-uarkan kepada peminat.

"Terus terang, saya tidak ditaja Jejai atau orang lain untuk membuka salun ini. Sebaliknya, saya ingin orang menilai sendiri sama ada saya mampu atau tidak membuka salun selepas tujuh tahun berkecimpung dalam bidang seni dan 10 tahun bergelar model iklan.

"Sejujurnya, sudah lama saya mengimpikan untuk membuka perniagaan sendiri iaitu sejak empat tahun lalu. Keinginan mempunyai salun peribadi tercetus ketika terpilih menjadi bintang iklan Pantene dulu. Ketika itu, saya masih terlalu muda dan belum mempunyai modal yang cukup dan belum beri komitmen pada karier lain.

"Hari ini adalah detik yang paling bahagia buat saya kerana berkat sokongan keluarga, teman rapat dan sokongan wartawan serta peminat kerana baru sekarang impian saya untuk buka salun ini direalisasikan," katanya.Kata Fasha, dia ada beberapa sebab tersendiri kenapa memilih nama Chinta untuk salunnya itu.

Baginya, nama Chinta terlalu unik dan disayangi ramai sama seperti nama karakternya dalam slot Akasia TV3, Chinta yang disiarkan hujung tahun lalu. "Watak Chinta bermula sebagai gadis baik dan selepas itu dia berubah menjadi jahat, kemudian menjadi baik semula. Nama saya juga kembali di hati peminat kerana kejayaan Chinta selepas berehat seketika daripada aktiviti lakonan selama setahun.

Mengenai perkembangan karier seni, Fasha berkata, dia baru selesai penggambaran Samson Delaila yang kini disiarkan di TV3 menerusi slot Samarinda setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam. Lakonannya dalam Dia Atilia bergandingan dengan Zamarul Hisyam pula kini disiarkan di saluran Astro.

Terbaru, Fasha juga menjayakan penggambaran drama 5 Tahun 5 Minit bergandingan dengan Aqasha untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM). "Saya bersyukur kerana tawaran berlakon juga tidak pernah putus tahun ini. Sekalipun sering dilanda kontroversi, produser dan pengarah masih memberi kepercayaan pada saya untuk berlakon dalam produksi mereka."Saya juga ingin berlakon dengan semua stesen TV dan tidak terikat dengan satu stesen saja seperti mula-mula terbabit dalam lakonan dulu," katanya.

Kesibukan berlakon ternyata tidak menghalang Fasha menceburi bisnes salun kerana ibunya yang akan mengawasi perjalanan pusat kecantikannya itu."Jika tidak terbabit dengan penggambaran drama, saya akan berada di salun ini untuk membantu pekerja apa yang patut. Saya juga menggunakan khidmat tiga pendandan rambut dan pakar kecantikan kulit dan jurusolek artis terkenal, Deq Sha di salun ini.

Kami juga akan cuba memberikan perkhidmatan dan layanan terbaik kepada pelanggan yang berkunjung ke salun ini," katanya. Kata Fasha, buat masa ini dia mahu fokus pada salunnya itu terlebih dulu sebelum memikirkan perancangan untuk mengembangkan bisnesnya dengan membuka cawangan lain.

"Saya memang tidak suka menguar-uarkan perkara yang belum pasti lagi. Seperti perancangan membuka salun ini sudah lama dan baru sekarang saya memberitahu kepada peminat dan pihak media iaitu pada hari pelancaran ini," katanya.

Chinta Hair Salon & Beauty yang beroperasi di Jalan Wangsa Delima 13, Wangsa Link dari jam 9 pagi hingga 9 malam setiap hari, menawarkan harga promosi dan pengenalan untuk bulan pertama dengan harga serendah RM15 untuk pelanggan yang berambut pendek.

Perkhidmatan disediakan di salun ini ialah semua jenis dandanan rambut seperti rebonding, warna, rawatan rambut, rawatan muka, bengkel kecantikan bersama jurusolek artis Deq Sha (tiga kali sebulan) dan pusat solekan ke majlis dengan menggunakan khidmat jurusolek berpengalaman.

Christy Yow daring pose

It is reported that Malaysian actress Christy Yow is regretting her decision to pose for daring photographs. “Given a second chance, I would not have done it,” she said.
Yow, 25, quit playing the lead role in The Charming Rose (a movie about strip queen Rose Chan) last year.
She also gave birth to a baby girl in October last year. “I’m a mother now, so I have to consider the feelings of my in-laws and my family in every decision I make,” she said.

Daphne Iking Sudah Peluk Islam?

Ingat lagi gosip yang menyatakan Daphne Iking menghadiri kursus kahwin di Sabah baru-baru ini? Tahniah sekiranya berita itu benar kerana ini bermakna Daphne Iking sudah memeluk Islam. Dan semalam semasa Anugerah Sri Angkasa 2010, jutaan rakyat Malaysia mendengar Daphne Iking menyebut “MasyaAllah” dan “Assalamualaikum”.

Adakah ini bermakna Daphne Iking sememangnya sudah benar-benar memeluk agama Islam? Harap-harap Daphne terbaca entri ini dan mampu memberikan satu jawapan kepada ramai peminat beliau. Kalau betul, bertambah lagi lah bilangan umat Islam. Kami mengalu-ngalukan kedatangan Daphne Iking selaku saudara baru. Semoga segala urusan Daphne dipermudahkan.

Misha Omar Nafi Sudah Berkahwin Sebagai Isteri Nombor 3

Terkejut ungka membaca Pancaindera sebentar tadi. Mana taknya. Berita Misha Omar sudah berkahwin dan menjadi isteri nombor 3 kepada seorang usahawan kereta Kelantan yang digelar Datuk K sememangnya menggemparkan. Biar betik? Takkanlah Misha kahwin senyap-senyap kot? Terima kasih kepada perkembangan teknologi sekarang, Misha Omar telah pun menafikan perkahwinannya di Twitter Misha Omar

Seperti yang anda baca, Misha Omar masih bujang trang tang tang lagi. Belum berkahwin dan semestinya bukan isteri nombor 3. Rasanya Misha akan berpegang teguh kepada janjinya yang akan memaklumkan kepada orang ramai sekiranya dia bertemu jodoh suatu hari nanti.

Kepada Misha, semoga dipercepatkan jodoh anda.

Lisa Surihani botakkan kepalanya...


Dipetik melalui Harian Metro, mula-mula agak terkejut juga bila baca ayat permulaan Lisa Surihani yang membuat kenyataan untuk memotong rambut sehingga membotakkan kepalanya jika itu yang dituntut dalam menjiwai sesuatu watak juga demi kepuasan dalam lakonan. Ohtidak, masakan sampai ke situ sekali. Yang lebih sadis lagi, Lisa sanggup buat demikian kerana wang. Ops, nanti dulu, jangan fikir yang bukan-bukan, Lisa kenakan syarat ketat untuk ini semua.

"Saya tidak kisah melakukannya, tetapi ia bergantung pada bayaran yang ditawarkan. Jika bayaran bagus, mengapa tidak. Selain bayaran, saya juga perlu mengambil kira watak yang ditawarkan, apakah berbaloi untuk berbuat demikian."Kalau watak yang diberi bagus, jalan ceritanya bagus dan diarahkan pengarah yang diyakini kemampuan, tentu saja saya sanggup berkorban walaupun rambut masih dara kerana tidak dipotong pendek atau diwarnakan," katanya. -HarianMetro

Yasmin Hani nak kawin dah...


"Cukuplah, saya beritahu yang kini saya sedang menajlinkan hubungan cinta dengan seseorang. Siapa dia tidak perlulah saya war-warkan di sini. Pengalaman yang lalu membuatkan saya serik untuk bersikap sangat terbuka."Kini saya faham kenapa segelintir artis tidak mahu mendedahkan pasangan mereka kerana mereka tak mahu masyarakat akan tertawakan bila berlakunya perpisahan.

"Kami belum ada apa-apa perancangan pun untuk majlis perkahwinan. Tetapi apa yang boleh saya katakan, majlis itu nanti mungkin diadakan dalam skala yang kecil sahaja dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan rapat." kata Yasmin

Gambar Sexy Kat - Mentor 3







Recently, Kat Mentor 3 appears in ‘dress-to-kill’ sexy and glamorous outfit design by Rashid Omar and Ridzuan Ismail under label WANPA design.

Gambar Fasha Sanda pakai bikini di Bali


Ni dia lagi satu gambar Fasha Sanda yang seksi berbikini di Bali yang tengah hangat kecoh sekarang ni. Member dia tu macam buat boob job je, tegang semacam. Klik gambar untuk view besar.